14 Oktober 2010

ICT jadi pengupaya utama proses pelajaran?

Salam sejahtera buat semua..bagi post kali ini,saya telah masukkan artikel tentang
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Dasar Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pendidikan akan menjadikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) sebagai pengupaya utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata langkah itu bagi meningkatkan kualiti pendidikan dan melahirkan generasi berilmu serta berupaya menyumbang ke arah pembangunan negara.

"Dasar ini yang juga kesinambungan daripada inisiatif Sekolah Bestari sebelum ini menekankan penggunaan teknologi sebagai wahana untuk menggalakkan perkembangan daya kreativiti, pembelajaran secara bekerjasama, pemikiran kritis dan penyelesaian masalah.

"Dasar ini akan menggabung dan menyelaraskan semua inisiatif ICT sedia ada seperti SchoolNet, Makmal Komputer, EduWebTV, Pusat Akses dan apa jua inisiatif ICT yang akan dilaksanakan pada masa hadapan dengan tujuan meningkatkan pencapaian murid," katanya ketika melancarkan dasar itu di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, dasar itu akan menjadikan amalan di negara maju sebagai penanda aras untuk memastikan segala komponen ICT dalam pendidikan di negara ini mampu mencapai taraf piawaian antarabangsa.

Katanya, dengan menjadikan dasar itu sebagai rujukan dan panduan, pelaksanaan semua program ICT di kementerian akan menjurus kepada sasaran yang sama iaitu mempertingkatkan pencapaian murid dan memastikan setiap murid mempunyai akses kepada pendidikan yang berkualiti.
"Dengan pengenalan dasar ini juga, sebarang inisiatif ICT di bawah kementerian tidak lagi akan dilaksanakan secara terpisah daripada inisiatif lain, sekaligus akan dapat meningkatkan kecekapan pengurusan dan penjimatan sumber," katanya.

Empat asas utama menjadi teras dasar itu, iaitu pembangunan modal insan secara berterusan, penggunaan teknologi yang sesuai bagi mengintegrasikan inisiatif ICT sedia ada dalam pendidikan, proses pengajaran dan pembelajaran dan pengurusan pendidikan menggunakan ICT.

"Saya amat berharap agar dasar ini mampu membawa perubahan besar kepada sistem pendidikan negara dan seterusnya melonjakkan kualiti pendidikan bertepatan dengan hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang bakal memacu usaha mencapai status negara maju menjelang 2020," katanya. - sumber daripada BERNAMA
(Berita harian 12/10/10)

hmm..besar harapan TPM agar dasar tersebut dapat membawa perubahan dalam sistem pendidikan di Malaysia ini..Namun,mampukah ianya dijayakan dengan segala bentuk cabaran generasi masa kini???
harap para pembaca dapat berkongsi pandangan disini..sekian.

19 September 2010

ramai y pakai cincin tp..

Hmm dh lama xpost something kt blog nie..dsbbkn 2..nk share something y menarik y kite anggap remeh tp leh beri impak besar kt diri kite..so,harap sahabat sume dpt info y bergune..artikel nie sy copyt n paste dr sumber lain utk kite smua..jom tmbh ilmu..

sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je..

sunnah nabi jarang nak ikut ..

kan cantik macam nie..

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,
dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss
khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku
yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk
kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun
hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai
berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak
membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi
menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang
bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan
kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan
seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong,
dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk
ke dalam kepala.

Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan
mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau
lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam
najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang
walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah
berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini
tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah
bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi
Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai
cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)


dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari
telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang
dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

DAH HABIS BACA TU SHARE LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU...INSYA'ALLAH BITAUFIQ MAANNAJAH....

WASSALAM..

7 April 2010

Cara menukarkan fail DOC. ke PDF.

Salam,
mungkin ada di antara korang yang pernah beli ebook atau minat baca ebook, dan korang mesti tertanya-tanya macammana diorang buat ebook tu kan??

ahaa..hehe.senang jea kawan2, korang hanya perlu windows word dan perisian convert dokumen korang tu ke PDF.

Ok. first,selepas korang buat dokumen, korang akan savekan file 2 kat mana-mana folder dan file korang tu akan dinamakan DOC.

untuk menukarkan file korang ke bentuk ebook a.k.a PDF. korang boleh pergi convert online di:


Ok..selamat mencuba semua..moga beroleh ,manfaat bersama2.

1 April 2010

Nak belajar ke x??

''Kamu nie nk belajar ke x??xhabis2 malas!!buku tak nak baca..baca buku boring katanya.."
Emm,kawan2 mesti pernah dengar ayat camni kan2??haha...same la..mcamnie la y aku dengar dulu,bila dh kena bebel ngan ma time malas belajar or baca buku..haha..lucu plak lau ingatkn balik.Macam2 alasan aku bagi utk lepaskan diri hehe..antaranya..xnak baca buku,nanti ngantok,boring dan sewaktu dengannya..


Tapi sekarang alasan tu xleh pakai dh..haa tau x nape???nak tau eh???
Sebabnya,sekarang macam2 medium kita boleh gune untuk belajar..antaranya kat internet..
ngan 1 klik jea kite bleh belajar bahasa dll..jom!!!

k,selamat maju jaya.

31 Mac 2010

Jom gi shopping?nk tak??





Salam semua..hmm ade y tertarik tak??g shopping..best 2..Eish,cam bajet nk belanje semua jea..hehe.


Jom kite explore ag..

~nk ke g shopping??
-nak3!!!tp penat la..
~dh 2,nk beli belah x??
-mstila nak,nak shopping tp xnk jalan2..penat..


Hmm..camne eh,nk shopping tp xnk jalan2..ade jalan lain tak??hehe..
Eh,mstila ade..skrng kn zaman teknologi berinovasi and makin canggih manggih..hihi sesuke ati jea..dgn kecanggihan teknologi y ade skrang kite semua leh beli2 dan xpayah nk blah2 dh..hehe..
-Camne 2 eh??


Mestila ngan teknologi..haha xabis2 teknologi..mksudnye..ngan pembelian secara online!!Haa..ngan cara nie, kite boleh beli something yang kite nak ngan mudah, cepat dan pentingnye kite x penat untuk pusing2 cari barang y kite nk 2 kt pasaraya y luas 2..hanya ngadap jea komputer (ops ..lu canggih ckit) laptop hehe..kt umah or pejabat kite dh bleh beli barang2 2.
Waa..kan best g 2..dpt la jimat mase,jimat minyak kereta, n y penting jimat..tenaga..hehe.
Caya la gnie..hanya satu klik kite dpt bt macam2..eh2,tp kite sume kna ingt-mengingat bahawa jgn berboros dlm berbelanja..berbelanjalah dgn seadanya dan jgn membazir..
Ingat!! membazir amalan syaitan..so,renung2kan kawan2..



9 Mac 2010

Dia cintakan kita..kita???


Salam..
Bt sahabat semua jom hayati video nie, moga terkesan.

Ya Rasulullah..kami juga mencintaimu..maafkn kelalaianku..

8 Mac 2010

Jom belajar Jawi..

Salam buat semua..

Entry kali nie adalah untuk berkongsi sedikit maklumat..terutamanya untuk tujuan pembelajaran.Dengan segala kemudahan teknologi sekarang,kawan2 boleh belajar bahasa jawi secara online..emm agak menarikkn??So ape lagi,jom sama2 kita belajar..

Bt kawan2 yang nak tahu/belajar jom klik kt link nie..http://www.ejawi.net/