26 Februari 2010


Salam bt semua..waa dh lame asenye x update blog nie..nasib xbersawang haha..Bukannye ape tp sbb sibuk sangat2..maaf bt semua..(hehe perasan2..)
Em,msti semua gembira arinie cuti..haa cuti!!!tp cuti ape eh??..Ler sje ar 2 nk bt don't know..of course la kite tau kn..cuti nie sempena keputeraan baginda nabi Muhammad s.aw..iaitu on 12 rabiulawal...so apalagi selawat la bnyak2..n ikuti sunnahnya eh2 tp bukan utk arinie saje tau,mstila utk spnjang mase sbg tanda kecintaan kite kpdanya..So apalagi..
K la,setakat nie jea bt kali nie..sbgai ingtan bersame2.

9 Februari 2010

Impak penggunaan ICT buka peluang baru kepada pendidik.

besonline (BM)
Pelapor: Posted by Suzie/Source RTM
Tarikh: 13/01/2010

London - Impak penggunaan ICT di Malaysia membuka banyak ruang serta peluang baru bagi warga pendidik tempatan.

Malah menurut Timbalan Perdana Menteri, kajian mendapati, terdapat peningkatan kreativiti dan kecekapan dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta peningkatan celik ICT di kalangan guru dan pelajar.

Fungsi ICT juga telah berjaya mengurangkan jurang digital di antara sekolah-sekolah serta menjadikan sesi pembelajaran lebih menarik, relevan dan bermakna.

Tan Sri Muhyiddin berucap pada forum Pembelajaran dan Teknologi Dunia 2010 di London, United Kingdom.

Beliau berkata, terdapat banyak cabaran dalam mengaplikasikan penggunaan ICT dalam bidang pendididkan ekoran perubahan pesat industri itu.

Bagi mengatasi cabaran ini, kerajaan yakin perkembangan profesional guru kunci kepada perubahan.

Malaysia telah mengambil pelbagai inisiatif pendidikan ICT seperti kursus perkembangan profesional berterusan bagi tenaga pengajar, pentadbir, ketua sekolah serta guru bagi memupuk celik ICT di kalangan mereka.

Kursus ini diadakan secara kerap oleh pelbagai bahagian dalam Kementerian Pelajaran bagi menyokong proses pengajaran dan pembelajara, kemahiran guru bagi pembelajaran dalam talian dan perkembangan laman sasawang."

Sumber:besonline(BM)
Pelapor:Posted by Suzie/source RTM
Tarikh:13.1.2010